BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rumah Sukan mana akan menang tahun 2010

Monday, January 26, 2009

Cara Membuang Virus Atau Malware

Atas permintaan seseorang yang meminta cara mengatasi malware atau virus adalah seperti berikut:-

Satu langkah yang mungkin untuk menghapuskan virus yang wujud dalam Windows XP ialah penggunaan alat yang dikenali sebagai Pemulihan Sistem (System Restore). Alat ini memulihkan registri dan fail-fail sistem yang genting kepada titik semak yang dahulu...

Seringnya, sesebuah virus akan mengakibatkan sistem komputer tergantung, dengan pembutan semula keras akan merosakkan titik pemulihan sistem daripada hari yang sama. Titik pemulihan daripada hari-hari sebelumnya harus masih berkesan, asalkan virus itu tidak direka untuk merosakkan fail-fail pemulihan. Bagaimanapun, sesetengah virus, misalnya virus CiaDoor, akan mematikan pemulihan sistem serta alat-alat lain yang penting seperti Pengurus Tugas (Task Manager) dan penggesa..

Virus mengubah suai registri dengan cara yang tepat sama dengan para pentadbir mematikan alat-alat tersebut atas berbagai-bagai alasan daripada pengguna-pengguna terhad, kecuali bahawa virus menyekat semua pengguna, termasuk juga pentadbir. Apabila sesuatu alat terjangkit diaktifkan, virus itu akan memaparkan pesanan, "Pengurus Tugas telah dimatikan oleh pentadbir anda", walaupun jika pengguna yang mencuba memulakan atur cara adalah pentadbir pada dirinya.

Selain itu, penggunaan malware removal atau antivirus amat penting bagi mengelakkan kerosakan sistem computer akibat serangan virus. Untuk mengelakkan jangkitan virus,spyware dan malware anda bolehlah membaca tentang tajuk Punca Dan Kesilapan Yang Menjemput Malware di muka hadapan blog.

Berikan pendapat atau komen selepas anda membaca maklumat di atas. Sekian,terima kasih.

2 comments:

PEKASAM said...

Pemulihan Sistem (System Restore)itu 'alat' atau 'fitur'? Tolong untuk mendapatkan kepastian?

Avatar said...

Pemulihan sistem( System Restore)adalah fitur.